Tuesday 24 July 2012

SALAM RAMADHAN TO ALL MUSLIMS... :)


hari ni dah nak msuk 4 hari kite smua b;puase. bulan Ramadhan adalah bulan yg sngt di tunggu2 oleh smua umat Islam di seluruh dunia. pada bulan ni la kite smua b'pusu mengerjakan kewajipan kite sebagai hamba Allah SWT. s0lat terawih merupakan salah satu ibadah yg kite tunggu2 bila menjelang bulan Ramadhan. selain drpd s0lat terawih kite juga blh melakukn ibadah sunat yg lain seperti bersedekah, s0lat tahajjud, qiamullail dan sebagainya. di sini ak ingin terangkan serba sedikit tentang kelebihan  qiamullail. qiamullail adalah satu cara mendekatkn diri kpd Allah SWT yg sngt dituntut dlm agama. qiamullail adalah bangun sepertiga mlm utk melakukan ibadah tertentu seperti solat, doa, zikir dan sebagainya.


sejarah qiamullail :
pada awalnya qiamullail wajib bagi rasulullah dan para sahabat.(Lihat surah al-Muzammil 1-10)
namun setelah setahun disyari’atkan amalan itu menjadi sunad muakkad bagi setiap umat Islam .Namun ia tetap wajib ke atas Nabi Muhammad S.A.W.    


Daripada Abu Hurairah : Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Ibnu Habban dgn sanad sahih. 
qiamullail adlah sumber kekuatan rohani bgi orang mukmin.


kelebihan qiamullail :
·  dimakbulkan doanya dan masin perkataan.
·  tenang hati dan fikirannya
·  dimurahkan rezeki
·  dihormati masyarakat
·  dilindungi Allah daripada khianat manusia.
·  jika dia pemimpin ,dia akan disegani
· dan banyak lagi  (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada rahmat Allah . Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya)

waktu - waktu qiamullail :
waktu untuk solat malam ialah selepas isya’ sehingga sebelum masuk subuh. bagi solat tahajjud, kita digalakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika.
waktu yang paling utama ialah sepertiga malam terakhir.


hikmah qiamullail :
·  meningkatkan keimanan individu
·  meninggikan darjat disisi Allah
·  dapat beribadah dengan lebih khusyuk
·  mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang
·  melatih diri menjadi insan bertakwa
·  melatih diri menperbanyakkan amalan sunat
·  mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan
·  menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah
·  melatih diri mengharap keredhaan Allah
·  memberi ketenangan jiwa (emosi)
·  memberi kesihatan (fizikal)
·  menajamkan akal fikiran


okey setakat ini ajelah yg yg dpt k0ngsi ngn k0rng smua serba sedikit tentang kelebihan qiamullail.
jumpa lgi di lain hari..hehehhee
nitezzzz.. Assalamualaikum.... :)






No comments:

Post a Comment